Media antarabangsa (Control Group)
Disediakan oleh: Chong Ying Tian
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kebebasan yang diberikan kepada media antarabangsa tidak selamanya baik kerana wujud keburukan-keburukan tertentu kepada Negara kita. Oleh itu, langkah-langkah yang bersesuaian perlu dilakukan bagi menanganinya.
Media antarabangsa yang sering menjadi kemudahan kepada semua masyarakat untuk mendapat maklumat dengan pantas dan tepat. Walaubagaimanapun, kebebasan diberikan kepada media antarabangsa tidak selamanya baik kerana telah membawa keburukan-keburukan kepada negara kita.
Media antarabangsa yang tanpa sebarang tapisan telah memecah belah keamanan negara. Maklumat-maklumat yang palsu atau fitnah telah disebar melalui media-media antarabangsa telah membawa pandangan negatif terhadap negara kita. Soal seperti isu keagamaan, kegawatan politik dan ketidakstabilan ekonomi akan menjejaskan keamanan dan keharmonian rakyat yang amat percaya tentang maklumat sebaran media antarabangsa.
Selain itu, keburukan daripada kebebasan media antarabangsa akan menjejaskan imej negara. Media antarabangsa yang telah membawa kebebasan kepada masyarakat luar untuk memberi pandangan atau tanggapan sendiri yang telah mempengaruhi pandangan masyarakat luar terhadap negara kita. Hal ini telah menjatuhkan imej negara kita walaupun maklumat tersebut merupakan fitnah dan negara kita juga akan dianggap mempunyai pentadbiran yang agak lemah secara tidak langsung akan melabelkan negara kita sebagai negara pengganas atau negara yang kurang bertamadun.
Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebebasan media antarabangsa adalah tindakan undang-undang antarabangsa. Sekatan undang-undang antarabangsa harus dilakukan dalam semua pihak yang terlibat dengan kebebasan media antarabangsa. Kerjasama antarabangsa juga perlu dilakukan seperti Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani masalah tersebut dengan tertekan dan berleluasa supaya dapat menjaga nama baik negara kita daripada tanggapan negatif pihak tetentu.
Seterusnya, kerajaan perlu menghantar pihak tertentu untuk menjelaskan atau memberi pendedahan tentang situasi sebenar. Sesetengah masyarakat luar yang hanya percaya tengtang meklumat yang disampaikan oleh pihak media antarabangsa. Merekan tidak megambil tahu situasi sebenar yan dihadapi oleh negara kita. Dengan ini, melalui pendedahan yang disampaikan kepada mereka dapat menyedarkan mereka tentang situasi sebenar dan jatuhkan tanggapan yang kurang fakta serta objektif dibuat daripada media antarabangsa.
Di samping itu, langkah membatalkan hak penyairan di negara kita yang akan membawa kesan sampingan. Pihak berkuasa antarabangsa perlu mengehadkan kandungan penyairan yang akan disebarkan kepada masyarakat. Sekiranya didapati terdapat kandungan yang akan menjejaskan keamanan atau imej negara akan dibatalkan hak pengyairannya di negara kita. Langkah ini diambil bertujuan untuk menlindungi negara kita daripada sebarang pihak luar yang cuba memecah belahkan keamanan dan perpaduan negara kita.
Kesimpulannya, media antarabangsa merupakan satu alat yang mempermudahkan masyarakat tetapi kalau digunakanya atas perbuatan yang menyalahi undang-undang antarabangsa akan membawa kesan atas politik, ekonomi, dan social sesebuah negara.